Isnin, 29 Oktober 2018

Francis Bacon,1st Viscount St Alban(1561-1626)
Nurhayati Liyana Binti Zulkafli , A167878
(Jumaat 10:00 pagi)
https://misshayanachitchat.blogspot.com/


Sir Francis Bacon (1561-1626)

Francis Bacon,1st Viscount St Alban atau lebih dikenali sebagai Francis Bacon merupakan tokoh ahli falsafah moden zaman Renaissance berbangsa Inggeris dan negarawan England. Beliau terkenal dengan gelaran Bapa Empirisme kerana kepakarannya dalam bidang kajian pemikiran saintifik moden.Dilahirkan pada 1561 di York House,Strand,London. Bacon mempunyai dua orang adik-beradik dan  merupakan anak lelaki bongsu .Bapa beliau,Sir Nicholas Bacon memegang jawatan sebagai penyimpan cap mohor besar raja (Lord Keeper of the Seals) semasa pemerintahan ratu Elizabeth.Ibunya,Lady Anne Cooke merupakan anak perempuan kepada Anthony Cooke iaitu ahli sarjana humanisme Inggeris yang terkenal. Ketika berusia dua belas tahun,Francis Bacon melanjutkan pelajarannya di Kolej Trinity,Cambridge bersama abangnya selama tiga tahun.Semasa di Cambridge dan ketika belum berumur enam belas tahun,beliau mendakwa bahawa tidak menyukai falsafah Aristotle yang dinilai sebagai tandus,berselisih dan mempunyai objektif yang salah dalam penghasilan karyanya.Bacon telah pergi ke luar negara bersama Sir Amias Paulet iaitu duta Inggeris di Paris  untuk meyempurnakan pendidikan politiknya sementara Anthony meneruskan pengajiannya di rumah.Kematian bapanya telah mendorong Francis untuk pulang ke Englad.Beliau telah berkahwin dengan Alice Barnham.Ketika era pemerintahan Elizabeth,beliau pernah menjawat jawatan sebagai peguam,ahli politik dan ahli falsafah terkemuka di England.Francis Bacon meninggal dunia pada tahun 1626.Punca kematian disebabkan oleh penyakit seram sejuk yang menyerangnya semasa menjalankan eksperimen pendinginan makanan dengan menyumbat ayam menggunakan salji.Beliau dikebumikan di Gereja St Michael, St Albans,Hertfordshire, England.
Francis Bacon telah membawa pembaharuan dalam pemikiran masyarakat awam termasuk juga pembesar-pembesar pada zamannya.Bacon telah berjaya memperbaharui metod saintifik yang berteraskan teori dan ujikaji.Beliau telah menulis dengan lebih terperinci dalam bukunya yang diberi tajuk Novum Organum yang diterbitkan pada tahun 1920 Masihi.Beliau merupakan orang Eropah pertama yang mengasakan metod percubaan tersusun pada zaman moden.Faktor dan tujuan utama beliau menyebarkan Metod Percubaan ini ialah untuk mengkritik dan memperbaiki metod kajian yang dibawa oleh Aristotle yang hanya memberi tumpuan terhadap teori semata,tanpa melakukan percubaan dan tanpa merealisasikan dengan kenyataan.Hasilnya,beliau digelar sebagai pengasas sistem percubaan pada zaman moden ini.Perkembangan seterusnya,beliau telah mengubah daripada metod percubaan kepada sistem percubaan.Dalam system ini,Bacon telah menyusun segala kajian ilmiah dan juga kajian saintifik dengan lebih rapi,iatu dengan membuat penyusunan kajian saintifik bermula dengan metod pemerhatian,penelitian kajian percubaan dan akhirnya membuat keputusan.Tujuan lain beliau untuk memperbaiki metod tersebut adalah untuk membawa dunia ke arah kemajuan dan mendorong masyarakat supaya berpegang terus kepada sistem percubaan bukan hanya teori semata.Bacon telah membahagikan dua tumpuan utama yang perlu di titik beratkan dalam metod percubaan ini iaitu unsur positif dan unsur negatif.
Falsafah Bacon yang terkemuka ialah empat bentuk halangan minda(idola mentis) yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat kesimpulan atau pemikiran falsafah yang baik.Halangan pertama ialah Idols Of The Tribe.Falsafah yang terikat dengan pandangan kumpulan,organisasi sedia ada,berfikiran sempit,bersifat emosi,ketidaktepatan maklumat ketakjuban terhadap sesuatu perkara.Kedua,Idols Of Cave.Falsafah yang terjadi akibat daripada sifat jasad dan pemikiran tertutup,pendidikan dan tabiat semulajadi.Ketiga,Idols Of Market-Place.Disebabkan oleh perkataan atau frasa ayat yang digunakan seharian sedangkan ia menghalang pemahaman yg sebenar.Ia terbahagi kepada dua bahagian,pertama penggunaan nama bagi sesuatu benda yg sebenarnya tidak wujud atau penggunaan perkataan yang terlampau umum dan kedua,perkataan yang dihasilkan akibat ketidakmahiran menggunakannya dalam konteks sebenar.Keempat,Idols Of The Theatre.Ini disebabkan oleh kelemahan teori & hipotesis yang dibuat tetapi diterima secara bulat tanpa kritikan.